16 August 2011

Spekulasi Yusry KRU Kahwin Tahun 2012

Khabar angin kononya penyanyi dan pengarah filem Yusry Abd Halim akan mendirikan rumahtangga dengan pelakon jelita Lisa Surihani disangkal keras oleh Yusry.
Dipetik daripada mStar Online Yusry menjelaskan tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin terjadi kerana salah faham.Yusry turut menambah pihaknya masih belum berbincang mengenai isu perkahwinan dan meminta semua pihak agar tidak keliru dengan pendedahan yang dibuat akhbar berkenaan.
Beliau menambah,dia akan memaklumkan perkhabaran gembira mengenai hubungannya denga Lisa Surihani kepada peminat termasuk media pada masa akan datang untuk mengelak sebarang spekulasi.
Sabtu lalu sebuah akhbar yang memetik kenyataan Yusry akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan selepas gagal dengan perkahwinan pertama bersama aktress Erra Fazira adalah tidak benar.


 
Glamor @ Malaysia powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean