Showing posts with label Krisdayanti. Show all posts
Showing posts with label Krisdayanti. Show all posts
02 September 2009

Krisdayanti-Anang:Cerai

Menurut lelaki berusia 40 tahun itu, semuanya sudah selesai termasuk pembahagian harta serta hak penjagaan anak.

"Saya memang sudah bercerai secara sah dengan KD tiga hari sebelum puasa," katanya.

Mengakui mereka sudah tidak sehaluan, namun ramai percaya berdasarkan kenyataan anak kepada pasangan ini, Titania Aurelie Nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah, Anang menceraikan KD selepas mendapati isterinya yang jelita itu berlaku curang di belakangnya.

Malahan, KD melonjak namanya di Malaysia menerusi lagu Menghitung Hari itu pernah memperkenalkan teman lelakinya kepada anak-anaknya itu.

Tatania, anak sulung KD sendiri membuat pengakuan berhubung kecurangan ibunya selain menjadi saksi di mahkamah bagi menyokong tindakan bapanya menceraikan KD.

"Mimi (panggilan nama KD dikalangan keluarga) ajak pak cik masuk ke bilik. Sementara, kami sedang berenang di kolam," katanya dalam rancangan Kasak Kusuk SCTV yang disiarkan kelmarin.

Siapakah jejaka yang menjadi orang ketiga dan bertanggungjawab di atas keruntuhan rumah tangga penyanyi I'm Sorry Good Bye ini?

Masih menurut anak-anak KD, lelaki itu adalah pengusaha kaya berasal Timor Leste.

Adik kepada penyanyi genit Yuni Shara ini kerap memanggil teman lelakinya itu dengan panggilan Amor atau maksudnya cinta.

"Mimi sudah berbohong kepada papa," Aurelie berkata dengan nada sebak.

Beberapa kenyataan lain yang dikeluarkan anaknya terutama Azriel membayangkan teman baik KD seperti Titi DJ dan Ruth Sahanaya terbabit bersubahat kerana merahsiakan kecurangan KD dari pengetahuan Anang.

"Saya berasa marah dengan Mimi dan teman-temannya yang memburuk-burukkan papa," kata Azriel.

Sudah sebulan lalu, Anang dan kedua-dua anaknya tinggal di sebuah ruko di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan yang turut menjadi lokasi studio rakaman KD Production, manakala KD tinggal di rumah.

Dari perbincangan eksklusif dengan program Kasak Kusuk SCTV, terlihat raut penyesalan dan kecewa di wajah Anang.

Bapa penyayang ini cuba menutupi luka yang tercalar di hatinya dengan ungkapan bijak.

"Sehingga kini, saya dan anak-anak cuba untuk kuatkan semangat menghadapi saat getir ini," katanya.

Difahamkan, ini bukanlah perceraian pertama mereka. Sebelum ini KD pernah diceraikan Anang ekoran masalah yang masih berkisarkan kecurangan KD.

Mungkin, emosi KD tidak begitu terkesan dengan penceraian itu sebagaimana Anang dan anak-anaknya kerana dia memang mahu 'dibebaskan.'

Malah, wanita yang pernah membintangi beberapa filem itu seakan tidak peduli dengan perasaan keluarganya.

Dia kini berada di Timor Leste untuk mengadakan persembahan, walaupun dua anaknya menganggap itu cuma alasan diberikan KD untuk bertemu dengan kekasih hati.

Ramai yang meramalkan, kerjaya, masa depan dan kehidupan KD akan musnah jika hal ini dibiarkan.

KD dan Anang mendirikan rumah tangga 13 tahun lalu. Namun pada April 2003, perkahwinan mereka bergolak seketika apabila Krisdayanti digosipkan mempunyai hubungan sulit dengan gitaris Tohpati.

Kemudian pada Ogos 2005, muncul pula berita kononnya Aurelie adalah anak dari hasil hubungannya dengan Ari Sigit.

Manakala, pada Mei 2007 muncul satu lagi gosip apabila Krisdayanti ditemui peminat sedang menikmati makan tengah hari dengan seorang pengusaha di Jalan Orchard, Singapura.

Selain, dia pernah dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Dicky Wahyudi.

Sekadar imbasan, kakak kepada penyanyi bersuara lantang ini, Yuni Shara, juga bercerai

bercerai dengan suaminya Henry Siahan, sekitar Jun lalu.
Soure:myMetro

25 July 2009

Pengakuan Berani Krisdayanti


Sememangnya sudah sampai masanya kamu jujur. Kamu sudah melalui karier berpuluh tahun dan pencapaian kamu sudah tercatat dalam sejarah muzik Indonesia. Oleh itu tidak alasan bagi kamu untuk terus menutupi rahsia diri mu."

Kata-kata itu dilafazkan oleh Anang Hermansyah, suami kepada Krisdayanti, ketika penyanyi tersebut bertanya pandangan apakah wajar dia menghasilkan sebuah buku yang memaparkan segala rahsia kehidupannya.

Ternyata hasrat Krisdayanti tidak dihalang oleh Anang dan akhirnya pada 16 Julai lalu, Krisdayanti seolah-olah melakukan 'gegaran' sehari lebih awal daripada serangan bom di Hotel J.W Marriot dan Hotel Ritz Carlton Jakarta, apabila melancarkan buku berjudulCatatan Hati Krisdayanti, My Life My Secret.

Walaupun pelancaran buku dianggap menelanjangi dirinya sendiri namun Krisdayanti mempunyai alasan, hujahnya: ''Sebenarnya, saya hanya ingin membicarakan kejujuran yang ada dalam diri saya. Ini adalah kejujuran yang menuju kepada puncak kedewasaan. Saya berada di puncak ketidakselesaan dan pada masa ini berusaha berdamai dengan ketidakselesaan itu."

Hasilnya terlahirlah buku yang ditulis oleh Aberthiene Endah dan ia dijangka menimbulkan kontroversi serta perbualan hangat di Indonesia memandangkan isu-isu yang didedahkan oleh Krisdayanti secara berani dan berterus-terang.

Terdapat empat pendedahan menarik yang pasti akan mendapat perhatian iaitu pembedahan plastik yang dilakukannya, menyuntik botox, menghisap syabu dan bagaimana dia pernah diceraikan oleh suaminya.

Pengakuan Krisdayanti itu bukan sahaja dipaparkan di dalam bukunya malah ketika menjawab soalan wartawan semasa majlis pelancaran.

l Suami, hubungan seks dan perceraian

Krisdayanti mengakui perkara yang paling dia takuti ialah kehilangan suaminya Anang yang dianggap perisai dan teman yang luar biasa. Namun begitu sebelum mereka menempuh kebahagiaan seperti mana sekarang, pasangan suami isteri tersebut juga tidak terlepas daripada pergolakan.

Pada tahun-tahun pertama perkahwinan Krisdayanti dan Anang dianggap cukup bahagia sehingga ia dizahirkan melalui album duet Cinta. Kebahagiaan itu bertambah dengan kelahiran Titania Aurelia Nurhermsyah.

Bagaimanapun cabaran mula mendatang, apabila sudah ada cakap-cakap bahawa Anang hanya menikmati kemewahan isterinya, biarpun bagi Krisdayanti segala kekayaan yang diperolehi adalah hasil usaha bersama. ''Tidak ada sempadan bahawa itu milik aku dan itu milik dia," kata Krisdayanti.
Sumber:Utusan Online

 
Glamor @ Malaysia powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean