25 July 2009

Pengakuan Berani Krisdayanti


Sememangnya sudah sampai masanya kamu jujur. Kamu sudah melalui karier berpuluh tahun dan pencapaian kamu sudah tercatat dalam sejarah muzik Indonesia. Oleh itu tidak alasan bagi kamu untuk terus menutupi rahsia diri mu."

Kata-kata itu dilafazkan oleh Anang Hermansyah, suami kepada Krisdayanti, ketika penyanyi tersebut bertanya pandangan apakah wajar dia menghasilkan sebuah buku yang memaparkan segala rahsia kehidupannya.

Ternyata hasrat Krisdayanti tidak dihalang oleh Anang dan akhirnya pada 16 Julai lalu, Krisdayanti seolah-olah melakukan 'gegaran' sehari lebih awal daripada serangan bom di Hotel J.W Marriot dan Hotel Ritz Carlton Jakarta, apabila melancarkan buku berjudulCatatan Hati Krisdayanti, My Life My Secret.

Walaupun pelancaran buku dianggap menelanjangi dirinya sendiri namun Krisdayanti mempunyai alasan, hujahnya: ''Sebenarnya, saya hanya ingin membicarakan kejujuran yang ada dalam diri saya. Ini adalah kejujuran yang menuju kepada puncak kedewasaan. Saya berada di puncak ketidakselesaan dan pada masa ini berusaha berdamai dengan ketidakselesaan itu."

Hasilnya terlahirlah buku yang ditulis oleh Aberthiene Endah dan ia dijangka menimbulkan kontroversi serta perbualan hangat di Indonesia memandangkan isu-isu yang didedahkan oleh Krisdayanti secara berani dan berterus-terang.

Terdapat empat pendedahan menarik yang pasti akan mendapat perhatian iaitu pembedahan plastik yang dilakukannya, menyuntik botox, menghisap syabu dan bagaimana dia pernah diceraikan oleh suaminya.

Pengakuan Krisdayanti itu bukan sahaja dipaparkan di dalam bukunya malah ketika menjawab soalan wartawan semasa majlis pelancaran.

l Suami, hubungan seks dan perceraian

Krisdayanti mengakui perkara yang paling dia takuti ialah kehilangan suaminya Anang yang dianggap perisai dan teman yang luar biasa. Namun begitu sebelum mereka menempuh kebahagiaan seperti mana sekarang, pasangan suami isteri tersebut juga tidak terlepas daripada pergolakan.

Pada tahun-tahun pertama perkahwinan Krisdayanti dan Anang dianggap cukup bahagia sehingga ia dizahirkan melalui album duet Cinta. Kebahagiaan itu bertambah dengan kelahiran Titania Aurelia Nurhermsyah.

Bagaimanapun cabaran mula mendatang, apabila sudah ada cakap-cakap bahawa Anang hanya menikmati kemewahan isterinya, biarpun bagi Krisdayanti segala kekayaan yang diperolehi adalah hasil usaha bersama. ''Tidak ada sempadan bahawa itu milik aku dan itu milik dia," kata Krisdayanti.
Sumber:Utusan Online

 
Glamor @ Malaysia powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean