26 July 2009

Rakaman Seks Leighton


WATAK Blair Waldroff merupakan faktor yang menaikkan populariti dan nama Leighton Meester. Lakonannya sebagai anak orang kaya yang ego dan keras hati meyakinkan.
Malah perkara yang paling mahu disaksikan penonton setiap minggu melalui siri Gossip Girl ini adalah fesyen-fesyen yang dibawakan Leighton.
Tidak hairanlah Leighton menerima anugerah Karakter TV Berpakaian Terbaik 2007.
Drama yang diadaptasi daripada buku bersiri itu sudah memasuki musim kedua di Malaysia dan disiarkan pada setiap hari Selasa, 10.30 malam di saluran 8TV.
Pelakon kelahiran Amerika Syarikat yang baru berusia 23 tahun ini perlu menerima realiti hidup selebriti Hollywood.

Gossip Girl telah menaikkan namanya dan kini, ‘bayaran’ kepada harga glamor itu ialah rakaman aksi seksnya yang disebarkan di Internet.
Leighton nyata enggan berbicara mengenai itu tetapi mengikut sumber, rakaman itu telah dirakam dua tahun lalu oleh bekas teman lelakinya.
Bidaan harga tertinggi terus dilakukan oleh pihak yang mahu mendapatkan hak eksklusif ke atas rakaman tersebut.
Dalam satu temu ramahnya, Leighton mengaku tidak ambil peduli tentang gosip.
“Saya tidak kisah kalau orang bercakap negatif tentang saya.
“Jika pihak media terus bercakap tentang saya, saya melihatnya dari aspek bonus iaitu orang luar memberi perhatian dan menyaksikan siri TV saya.”
Sukar untuk menyebut nama akhir pelakon ini. Perkataan Meester sebenarnya bermaksud master atau cikgu dalam bahasa Belanda. Cara sebutannya pula adalah “Ea” seperti sebutan ear (telinga).
Namun itulah keunikan yang dibawa oleh pelakon yang memulakan lakonan pada usia 13 tahun melalui siri TV Law And Order.
Walaupun berada dalam atmosfera pelakon-pelakon muda dan elok paras rupa, para
pelakon Gossip Girl telah membina hubungan yang sihat dan rapat.
Leighton malah bersahabat baik dengan pelakon siri yang sama, Nicole Fiscella dan Chase Crawford.
Nicole adalah rakan gosip Leighton sepanjang di set penggambaran, sesuai dengan tajuk siri TV yang mereka lakonan.
Leighton juga mengaku sangat ketagihan dengan SMS (khidmat pesanan ringkas). Dia akan menghantar SMS sepanjang berada di set jika tidak bergosip bersama Nicole.
Menambahkan lagi gelaran kepada kerjayanya, Leighton menandatangani kontrak nyanyian dengan Universal Republic, April lalu.
Album debut Leighton dikatakan mempunyai elemen elektronik, dance dan edgy.
Sumber:Kosmo Online

 
Glamor @ Malaysia powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean