04 September 2009

Dengarnya..............: Kasihan Abby Abadi

CIK Normah dapat tahu pada saat Memey Suhaiza dan Norman Hakim sedang bahagia dilamun asmara, kisah sebaliknya berlaku kepada Abby Abadi. Satu sumber yang cantik persis peragawati dan enggan namanya didedahkan memberitahu hubungan Abby dengan pelakon baru yang juga seorang model, Zul sudah berakhir.
Patut pun, sumber berbadan montok macam Cik Normah itu cakap, status dirinya di laman sosial, Facebook, tidak lagi menjalinkan hubungan sebaliknya, kembali single. Buat Abby, jangan sampai melara jiwa sampai lupa tanggungjawab dekat tiga orang anaknya. Cik Normah kadang-kadang naik kasihan pula dekat Abby.

Cik Normah nak kongsi satu lagi cerita panas mengenai mereka pada musim cuti sekolah baru-baru ini. Nak dijadikan cerita ketiga-tiga anak Abby dan Norman teringin sangat nak jumpa nenek mereka (ibu Norman) di Kuantan. Abby pun tidak mahu menjadi penghalang anak-anaknya untuk menagih kasih bekas ibu mentuanya.

Kebetulan dua kereta milik Norman dalam keadaan yang tidak sesuai untuk dibawa berjalan jauh, lalu, Abby yang baik hati ini, menawarkan keretanya kepada Norman. Lagipun, selesa sikit untuk anak-anaknya duduk dalam kereta sebelum sampai ke destinasi.

Yang mengejutkan Cik Normah, bukan hanya Norman dan anak-anak mereka saja yang pulang ke kampung. Sebaliknya, buah hati pengarang jantung Norman, Memey pun ikut serta. Abby pula Cik Normah mendapat tahu, menerima laporan apa yang terjadi di kampung itu daripada saudara mara Norman juga.

Alkisahnya, Memey pandai mengambil hati anak-anak Norman dan Abby. Kononnya Memey berlagak baik di depan keluarga Norman. Mahu tak angin Abby. Sangkakan Norman dan anak-anak saja pulang ke kampung. Ini tidak, Memey pun ikut sekali. Kalau Cik Normah di tempat Abby pun, boleh 'hangin' satu badan. Sudahlah naik kereta Abby....
Source:Berita Harian
Oleh:Cik Normah Bechok

 
Glamor @ Malaysia powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean