08 August 2011

Gamat Di Rakaman Mega Raya 2011

KEMUNCULAN beberapa artis popular tampil menyanyikan lagu mereka membuatkan penonton begitu terhibur, manakala ketika segmen sketsa, suasana studio kecoh dengan gelak ketawa tanpa dipaksa. Seterusnya suasana menjadi gamat seketika apabila acara permainan yang membabitkan pertandingan antara kumpulan artis lelaki dan wanita.

Begitulah situasi ketika rakaman program Mega Raya 2011 yang diadakan di Studio Pentas Bunyi, Filem Negara Malaysia pada 30 Julai lalu. Program terbitan Astro Production Sdn Bhd ini, dihasilkan sebagai meneruskan tradisi mereka yang pernah menerbitkan program berkonsep serupa pada Aidilfitri sebelumnya.
Barisan artis eksklusif Astro iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Scha Al-Yahya dan Farid Kamil ditampilkan bersama artis lain iaitu Akim AF, Zizan Raja Lawak, Jimmy Shanley, Kamal Adli, Adi Fashla, Kilafairy, Ira (Era), Erul AF9 dan Ana Raffali. Tidak ketinggalan ditampilkan, penyanyi popular Ziana Zain dan pengacara paling popular, Aznil Nawawi.

Menampilkan Aznil sebagai pengacara, program istimewa yang bakal menemui peminat menerusi Saluran Ria (104) pada 30 Ogos jam 6 petang ini dihiasi dengan sketsa, lagu, permainan, temu bual, gosip dan tawaran duit raya.


Menariknya, peminat yang hadir dalam program terbitan Mohamed Fadzly Aminaldun ini, sangat ‘sporting’ apabila berbaju Melayu dan kurung sekali gus mewujudkan ‘mood’ raya di studio.
Bagi Farid Kamil, Mega Raya 2011 dapat mengubat kerinduan peminat kepadanya.
Sedar dirinya jarang muncul di stesen lain, Farid berharap peminat setianya tidak keting�galan menonton program itu apabila disiarkan nanti.

Begitu juga dengan Jimmy Shanley, walaupun berdepan masalah rumah tangga, tetap memberikan yang terbaik menerusi program berkenaan bagi memastikan penonton terhibur.

Mengenai pemilihan artis senior sepertinya dalam program ini, Ziana berkata, penonton terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Justeru idea mengganding�kan artis lama disamping barisan artis baru akan menambah variasi sesebuah program.

“Sewaktu musim raya semua anggota keluarga akan berkumpul depan kaca TV untuk menonton program kesukaan mereka. Selera masing-masing berbeza kerana ada yang suka artis baru dan ada yang suka artis lama. Dengan adanya kombinasi semua ini dalam satu program, ia pasti akan memuaskan hati seluruh peminat,” katanya.

Sementara itu wakil Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, Mega Raya 2011 diterbitkan bagi memberi peluang kepada peminat di rumah menonton wajah artis eksklusif Astro pada musim perayaan. Jenama ini sudah tiga tahun diterbitkan dan mempunyai kelompok peminat tersendiri.

“Kandungannya masih sama seperti tahun sebelumnya. Cuma kami tampilkan kelainan apabila memasukkan acara permainan yang membabitkan penyertaan peminat. Artis yang ditampilkan sebanyak 13 orang dan program Mega Raya 2011 akan menemui peminat selama satu jam,” katanya ketika ditemui.

Kata Raqim, pengisian artis dipelbagaikan antara yang lama dan baru bagi mewujudkan keseimbangan. Bahkan konsep santai yang ditampilkan menjadikan program ini sesuai menjadi tontonan seisi keluarga.

“Penghasilan program ini ringan dan dibahagikan kepada 4 segmen iaitu nyanyian Ziana, Ana Raffali dan Erul. Keseluruhan lagu yang dimuat�kan ialah 6 buah lagu.
Selebihnya peminat akan menyaksikan sketsa, temubual dan beberapa isu menarik yang ditampilkan. Kesemua topik ini begitu dekat dengan hati peminat,” katanya.

Ketika segmen sketsa, barisan artis diberikan kebebasan untuk ‘ad lib’ dialog ditampilkan. Untunglah program ini hanya rakaman kerana ada ketikanya beberapa perkataan tidak manis mempunyai dua maksud dilontarkan. Walaupun menimbulkan kelucuan, dibimbangi maksud ini tidak sesuai disiarkan apatah lagi pada Syawal yang mulia.

Menjawab persoalan ini, Raqim berkata, pihaknya sedar beberapa perkataan spontan itu sememangnya tidak sesuai untuk dipaparkan dalam program ini. Untuk itu, mereka akan memastikan akan memotongnya pada sesi suntingan yang dilakukan nanti.

“Kami tahu panduan yang perlu diikuti. Justeru, kami akan pastikan program yang disiarkan nanti tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kelab peminat artis yang terbabit kerana sudi meluangkan masa pada rakaman itu.

“Kehadiran dan kerjasama mereka membolehkan rakaman berjalan lancar. Malah, ada antara mereka bertuah apabila berpeluang bergandingan de�ngan artis pujaan dalam acara permainan diadakan,” katanya.

Penonton yang datang untuk memeriahkan rakaman Mega Raya 2011 sanggup menung�gu selama tujuh jam untuk rakaman yang berlangsung dari pukul 2 petang hingga 9 malam itu.

 
Glamor @ Malaysia powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean