06 March 2010

Rawan Hati Maya Karin

Source:myMetro
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my
2010/02/27
MANUSIA mudah membuat spekulasi bahkan ada yang lebih kejam dengan menjatuhkan hukuman hanya berpaksikan apa yang didengar. Mereka terlupa di sebalik kedangkalan itu, ada hati yang kian terluka, ada air mata mengalir deras.

“Saya tidak suka bercerita hal peribadi lebih-lebih lagi perihal rumah tangga tetapi apabila ada gosip kononnya saya dan suami sudah berpisah, saya perlu menjelaskan keadaan sebenar.


“Saya akui kami sedang melalui fasa yang cukup menyakitkan malah ia ujian yang sangat berat. Semuanya salah kami sendiri dan bukan disebabkan kehadiran orang ketiga seperti yang diperkatakan dalam gosip itu. Apa yang berlaku ini sudah ditakdirkan dan sebagai manusia saya kena redha dan sabar. “Terus-terang saya malu bila cerita ini diketahui ramai tapi tidak boleh merahsiakannya (pergolakan rumah tangga) lagi bila keluar gosip keterlaluan itu. Tujuan saya bukan mahu membuka pekung di dada tapi mahu mengelakkan fitnah yang bukan-bukan. “Pada kesempatan ini saya ingin meminta maaf kepada peminat yang selama ini mendoakan kebahagiaan saya dan mengharapkan yang terbaik. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini berlaku tapi apa boleh buat ia di luar kawalan saya,” ujarnya sambil menahan esak. Sambung hos baru program Nona ini, biarpun berjauhan, cintanya terhadap Steven tidak pernah berubah malah dia tidak sentiasa memohon doa ke hadrat Ilahi moga ada penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan rumah tangga yang belumpun mencecah usia dua tahun itu. “Tidak banyak yang boleh saya kongsi demi menghormati hubungan ini. Baik saya dan suami masing-masing sudah berjanji untuk tidak bercakap banyak mengenai perkara ini kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsi dengan orang luar. “Jujur, walau apapun masalah atau pergolakan yang melanda, saya masih sayangkan dia (suami). Sudah lama kami saling mengenali, kasih tidak akan hilang begitu saja. Cuma, sebagai suami isteri kadang-kadang keserasian yang dirasai tidak seperti zaman bercinta dulu. “Kami tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan tapi berharap biarlah yang terbaik untuk diri masing-masing. Dan, kalau ditakdirkan jodoh kami tidak panjang, saya perlu bersedia biarpun ia sangat pahit untuk ditelan. “Mohon saya janganlah memperbesar-besarkan perkara ini kerana ia akan merumitkan lagi keadaan yang akhirnya mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat,” katanya mengharapkan pengertian ramai. Maya dan Steven bersatu sebagai suami isteri pada pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta. Majlis perkahwinan pasangan ini berlangsung dalam suasana yang cukup romantis di tepian Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli dengan majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong, Selangor pada 26 Ogos tahun sama. Ketika ditemubual ini, Steven, seorang guru bahasa di sebuah sekolah antarabangsa di Seri Kembangan, Selangor, masih berada di Vietnam kerana terbabit kursus pendidikan. Biarpun memerlukan ketenangan dan ruang untuk ‘bernafas’, Maya tetap meneruskan komitmen yang sudah dijanjikan. Baginya hidup mesti diteruskan malah masih meneruskan penggambaran rakaman Nona seperti biasa dan baru selesai membintangi filem arahan Osman Ali.

 
Glamor @ Malaysia powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean