06 September 2009

Nana Sah Nak Bercerai

SEJAK beberapa minggu lalu memang kecoh cerita rumah tangga penyanyi Siti Nordiana dengan suaminya, pelakon Faizal Yusup yang dikatakan sudah musnah.
Gosip di Internet mendakwa Nana telah memfailkan perceraian terhadap Faizal di mahkamah selepas hidup bersama selama empat tahun.
Awal minggu lalu, Nana saat ditanya tentang berita tersebut oleh teman media enggan mengesahkannya. Sebaliknya dia selesa bersikap berhati-hati dengan berkata dia menyerahkan kes tersebut kepada mahkamah.
Namun, teman Diva, Maliah mencuba nasib menelefon Faizal dan Nana semalam. Dia nak tahu kepastian cerita tersebut.
Maklumlah asyik dengar berita artis bercerai saja pada bulan mulia ini, jadi mahu juga tahu kesahihannya.
Sewaktu Maliah telefon Faizal, Faizal angkat dan cakap dia tengah shooting sebelum meletak telefon. Tak tahulah kalau Faizal sengaja mengelak daripada memberi kenyataan atau dia memang benar-benar sibuk.
Bila Maliah telefon Nana, Nana pula tengah buat fotografi sempena Aidilfitri. Walaupun sibuk, Nana menjawab dengan baik dan dia mengesahkan tentang gosip perceraian tersebut.
Kata Nana: "Memang betul Nana nak bercerai. Tapi Nana belum failkan perceraian itu lagi.
"Nana hanya baru pergi ambil borang cerai di Mahkamah Syariah Petaling Jaya awal
Ramadan lalu. Keputusan ini adalah persetujuan kami bersama."
Nana yang dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamad Rayyan Nakhaie bagaimanapun enggan mendedahkan punca masalah rumah tangga mereka.
Katanya biarlah hanya mereka yang tahu tentang kemelut yang mereka hadapi. Nana juga mahu kes cerainya cepat-cepat selesai.
Source:-Kosmo(DIVA INTERAKTIF)


Diva: Doa yang terbaik sahaja buat Nana dan Faizal. Segala yang berlaku ada hikmah.

 
Glamor @ Malaysia powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean