09 August 2009

Papadom Mengungguli Festival Filem Malaysia Ke22

Semalam berakhirnya Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22). Festival tersebut berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah buat pertama kalinya diluar Semananjung.
Filem yang belum ditayangkan lagi Papadom diangkat sebagai Filem Terbaik. Kemenangan tersebut membolehkan karya Afdlin Shauki itu membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dana perfileman tajaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia bernilai RM100,00 dan sebuah trofi.
Papadom turut membawa pulang kategori Pelakon Wanita Terbaik melalui lakonan Liyana Jasmay dan pelakon lelaki terbaik dipegang Afdlin sendiri dengan hadiah wang tunai RM15,000 dan trofi.

Berikut adalah senarai keputusan pemenang-pemenang FFM22 mengikut kategori yang dipertandingkan.


Anugerah Perdana
Filem Terbaik
Papadom

Pengarah Terbaik
Yasmin Ahmad (’Talentime’)

Pelakon Lelaki Terbaik
Afdlin Shauki (’Papadom’)

Pelakon Wanita Terbaik
Liyana Jasmay (’Papadom’)

Lakon Layar Terbaik
Yasmin Ahmad (’Talentime’)

Cerita Asal Terbaik
Afdlin Shauki (’Papadom’)

Sinematografi Terbaik
Mohd Nor Kassim (’Setem’)

Filem Komedi Terbaik
Los dan Faun

Anugerah Cipta
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Mohd Shafie Naswip (’Talentime’)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Salina Saibi (’Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Mohd Hadziq (’Syurga Cinta’)

Pelakon Harapan Lelaki
Zahiril Adzim (’KAMI The Movie’)

Pelakon Harapan Wanita
Jaclyn Victor (Talentime)

Pengarah Harapan
James Lee (’Histeria’)

Anugerah Khas Juri: Filem Box Office
Sumber:Pitassite.info

 
Glamor @ Malaysia powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean