08 November 2011

'Sedetik Lebih' Edry Hormati Keputusan Anuar Zain

PUTRAJAYA: Komposer lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim menghormati keputusan penyanyi lagu tersebut, Anuar Zain untuk tidak menyertai mana-mana pertandingan nyanyian biarpun lagu itu berjaya ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu 26.
Kata Edry, dia faham situasi Anuar Zain dan akan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada artis lain untuk membawakan lagu tersebut.
“KRU pernah melalui saat-saat seperti itu bila kami tidak mahu menyertai lagi mana-mana pertandingan nyanyian dan saya sangat faham situasi Anuar Zain dan menghormati keputusannya.
“Saya faham bukan kerana dia takut kalah tetapi itu adalah prinsipnya, lagi pula pertandingan itu adalah untuk lagu bukan penyanyinya,” ujarnya yang ditemui baru-baru ini.
Bagaimanapun, kata Edry, Anuar telah meletakan lagu Sedetik Lebih itu ke satu tahap yang tinggi sehingga menyukarnya untuk mencari pengganti yang dapat menyanyikan lagu tersebut dengan baik.
“Oleh itu saya sedang mencari pengganti yang boleh menyanyikan lagu tersebut setanding atau lebih baik dari Anuar Zain.
“Buat masa ada beberapa nama penyanyi lelaki dan perempuan masih dalam pemerhatian saya,” katanya yang tidak menolak nama penyanyi wanita popular Jaclyn Victor sebagai salah seorang yang bakal membawa lagu tersebut.
Ketika ditanya tentang harapnya terhadap beberapa lagu yang layak ke pertandingan separuh akhir Anugerah Juara Lagu 26, Edry berkata, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang.
“Tahun lepas memang saya aktif membuat lagu untuk artis disebabkan itu juga ada beberapa lagu yang tercalon.
“Namun saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, jika menang ia adalah satu bonus,” katanya.- mstar online

07 October 2011

Aaron Aziz Jadi Pembunuh


Awal pagi dah round satu malaysia,jumpa pula cerita pasal aktor kacak si Aaron Aziz yang sedang sibuk buat penggambaran filem hollywood yang berjudul Prince Of The City arahan Roslan Hussin.
Ikuti cerita selanjutnya di kosmo,klik ja link ini  Aaron jadi pembunuh upahan filem Hollywood

Dipetik dari : bhsabah.com

Siti Saida Sah Diceraikan Oleh Suaminya


Rasa hiba juga melihat pergolakkan rumahtangga orang sehinggalah berlaku perceraian,lagilah melihat anak-anak yang  menjadi mangsa kerana situasi sebegini.Seharusnya sikap saling fahan memahami,tolak ansur,berbincang bila masalah timbul dengan mendapat satu titik nokhtah yang benar-benar memuaskan kedua-dua pihak seharusnya  disemai dalam jiwa dari seawal usia perkahwinan agar tidak menjadi duri dalam daging.
Kisah rumahtangga kepada kakak penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya akhirnya berakhir dengan perceraian setelah kedua-kedua pihak tidak dapat mencari jalan penyesesaian untuk mempertahankan rumahtangga mereka.
Kosmo online ada laporannya:-
 KUALA LUMPUR – Hasrat penyanyi Siti Nursaida Tarudin untuk bercerai termakbul apabila suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Fikri bersetuju menerima RM1,000 daripada kakak penyanyi tersohor Siti Nurhaliza itu sebagai bayaran tebus talak (khuluk) dengan talak satu.
Jumlah itu diterima dengan rela hati oleh Mohd. Ghazali 40, selepas penyelesaian yang dicari dalam tiga majlis hakam sebelum ini sejak setahun lalu tidak membuahkan hasil kerana Saida, 35, wanita yang dikahwini selama 15 tahun berkeras untuk berpisah.
Kecewa dengan tindakan Saida yang juga plaintif, Mohd. Ghazali selaku defendan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, sebaliknya menyerahkan kepada wakil hakam iaitu pegawai mahkamah untuk berbuat demikian.
Anggota badan hakam bagi pihak Mohd. Ghazali kemudian melafazkan cerai talak satu terhadap Saida, manakala wakil wanita tersebut selepas itu dilihat menyerahkan wang tunai RM1,000 kepada Mohd. Ghazali.
Bapa kepada empat anak itu bagaimanapun enggan menerima wang tersebut, sebaliknya menyerahkan wang berkenaan kepada mahkamah.
Terdahulu, Hakim Mohd. Suhaily Rosdi di Mahkamah Rendah Syariah di sini meminta kedua-dua pihak bersalaman dan bermaaf-maafan, namun bekas jurutera kaji bumi itu memberitahu ia tidak perlu.
Saida bagaimanapun terus pergi ke arah suaminya yang berdiri di hujung meja dan menghulurkan tangan, namun tidak disambut, sebaliknya defendan berkata: “Sampai hati awak buat macam tu kepada saya.”
Saida yang dilihat kekok dengan situasi tersebut hanya mendiamkan diri tetapi Mohd. Ghazali ditegur hakim supaya tidak bercakap.
Sementara itu, proses cerai beberapa kali terganggu disebabkan kedegilan Mohd. Ghazali yang mahukan Saida tidak membuat tuntutan terhadap harta dan anak-anak kerana mendakwa perceraian tersebut berlaku disebabkan kecurangan wanita tersebut.
Lantaran itu, hakim menasihatkan defendan supaya memfailkan permohonan lain sekiranya tidak berpuas hati dan rasa teraniaya kerana masing-masing berhak mendapat keadilan.
Dipetik dari : Anjung Maya

09 September 2011

Filem Raya Tak Jadi Lakonan Apek Senario Dan Johan Raja Lawak

Filem raya tak jadi akan menemui penonton pada 15 September 2011 di Pawagam di seluruh negara...
Ikut sinopsis filem ini...........
Sinopsis Filem Raya Tak Jadi

Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.
Shuib mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang  Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.

Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis  ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah datang menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.
Dipetik dari : qimie.com

06 September 2011

Filem Hantu Bonceng Catatan Kutipan Tertinggi Musim Perayaan


PETALING JAYA: Filem terbaharu arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Hantu Bonceng, berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa lima hari tayangan bermula 31 Ogos lalu.
Menurut Ahmad Idham, dia bersyukur dengan pencapaian filem di bawah terbitan syarikatnya sendiri, Excellent Pictures itu kerana Hantu Bonceng mencatat sejarah dengan kutipan tiket terbesar pada musim perayaan.
"Alhamdulillah, kutipan tiket Hantu Bonceng mencecah RM1 juta bagi setiap hari tayangan. Melalui tinjauan di beberapa lokasi di Lembah Klang ada juga penonton yang kecewa kerana tiket sudah habis.
"Daripada makluman pengurus panggung pula, tiket-tiket di sebelah malah sudah habis di waktu petang. Jadi saya menasihati supaya membeli tiket lebih awal atau membuat tempahan secara dalam talian," katanya melalui satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel di sini, Isnin.
Tambah Ahmad Idham, dia juga bersyukur kerana hasil promosi yang kuat menerusi di ruangan akhbar, radio, televisyen serta di laman sosial Twitter dan Facebook,ia telah berjaya menarik perhatian ramai untuk menonton filem tersebut.
Perkiraan kutipan tiket Hantu Bonceng yang dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid AF dan ramai lagi dikira menerusi tayangan di 80 buah pawagam serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei.
“Saya juga ingin menyeru kepada sesiapa yang masih lagi belum menonton filem saya ini, silalah ke pawagam berhampiran bersama-sama rakan mahupun keluarga kerana saya jamin, selain memberikan hiburan dengan lawak komedi pelakon-pelakonnya, ia juga menyampaikan mesej yang berguna buat semua.
"Diharap, dengan sokongan yang diterima daripada peminat-peminat akan berterusan, mana tahu, Hantu Bonceng akan melakar sejarah yang tersendiri," ujarnya.
Sumber Pautan : mStar Online

Tutup Kontroversi Selepas Nikah | Faezah Elai


PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai, 29, yang bakal mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama Heykal Hanafiah, 38, berharap pernikahan tersebut menutup segala kontroversi tentang hubungan mereka.
Jelas Faezah, dia mahu menjalani kehidupan sebagai manusia biasa yang mempunyai sebuah keluarga bahagia.
"Saya berharap selepas pernikahan saya pada 9 September ini, ia dapat menutup semua cakap-cakap dan hinaan orang terhadap saya dan Heykal.
"Saya hanya mahu menjadi seorang isteri yang mithali dan menjalani kehidupan bahagia seperti orang lain," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Pasangan tersebut bakal bernikah pada Jumaat ini pukul 3 petang di rumah pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang.
Sementara itu pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di Pulau Pinang.
"Bagi majlis pernikahan ia hanya dihadiri oleh kedua-dua pihak keluarga kami dan media sahaja. Bagi rakan artis pula akan dijemput ke majlis resepsi pada 3 dan 4 Disember.
"Namun begitu saya belum lagi membuat senarai tetamu undangan dan edarkan kad jemputan kerana tarikh pada bulan Disember masih jauh lagi," ujarnya.
Ditanya tentang perasaannya, Faezah berkata dia masih lagi tidak percaya bakal bergelar isteri kepada Heykal.
"Sekarang perasaan bercampur baur, bimbang, takut dan tidak percaya akan menamatkan zaman bujang. "Saya harap majlis tersebut akan berjalan lancar seperti diatur," katanya.
Dalam pada itu, biarpun sibuk melakukan persiapan terakhir, Faezah berkata dia masih mempunyai dua buah drama yang harus diselesaikan.
"Mungkin pertengahan bulan ini saya akan ke London untuk selesaikan filem “Tanda Putera” dan selepas itu ada dua drama lagi yang memerlukan khidmat saya,” katanya.
Sumber Pautan : mStar Online

Gambit Menyesal Dan Mohon Maaf Atas Kata Kesat Di FB


PETALING JAYA: Pelakon Gambit Saifullah mengakui kata-kata kesat yang dikeluarkan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini adalah tidak profesional dan terlalu mengikut perasaan.
Gambit, 26, berkata, penggunaan perkataan “babi” dan “anjing” itu tidak ditujukan kepada peminat-peminatnya tetapi kepada individu tertentu yang gemar membuat tohmahan dan fitnah kepadanya selama ini.
"Saya mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan tidak sepatutnya perkataan seperti itu digunakan walaupun saya dalam keadaan marah kerana ia meninggalkan kesan mendalam," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Gambit memberi penjelasan terhadap status Facebook yang ditulisnya dengan menggelar pihak tertentu dalam laman sosial miliknya itu sebagai anjing dan babi.
Status Gambit yang menimbulkan rasa marah peminatnya.
Dalam turut menuduh sesetengah rakan mayanya mempunyai pemikiran yang cetek.
Mengakui menyesal menggunakan perkataan tersebut, Gambit berkata, dia menulis status demikian kerana berasa geram dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang cepat menilai dan membuat fitnah sama ada mengenai dirinya.
"Saya tidak tujukan status berkenaan kepada peminat saya tetapi kepada beberapa individu yang telah meninggalkan pelbagai kata-kata yang bukan sahaja mencalarkan perasaan saya tetapi peminat lain yang membaca," ujarnya.
Gambit telah pun memohon maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya.
Bakal muncul dengan filem “Karipap-Karipap Cinta” pada 15 September ini, Gambit juga telah memohon maaf secara terbuka di Facebook miliknya terutama kepada mereka yang marah dengan tindakan terbabit.
Ditanya adakah kontroversi tersebut akan menjejaskan promosi dan kutipan filem “Karipap-Karipap Cinta”, Gambit memberitahu dia tidak tahu sama ada ia akan memberi kesan terhadap filem berkenaan atau tidak namun percaya peminat akan memberi sokongan kepada filem tersebut.
"Saya percaya peminat filem Melayu tempatan tidak akan mencampuri kontroversi ini dengan filem tersebut dan saya juga percaya peminat akan terus menyokong filem ini," katanya.
Dipetik dari : mStar Online

 
Glamor @ Malaysia powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean