05 December 2011

Mohd Amirul Izzat Che Mat Meninggal Dunia

Adik kepada pemain bola sepak kebangsaan Mohd Khairul Fahmi Che Mat telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada bahagian otak.   [caption id="attachment_936" align="alignnone" width="630" caption="Khairul Fahmi Yang Dilanda Pelbagai Kontroversi"][/caption] Berita dipetik dari Murai.com.my spt berikut :

Adik lelaki kepada penerima anugerah penjaga gol terbaik Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 itu, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12 tengah hari tadi. Adiknya itu dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat jangkitan kuman di bahagian otak. Menurut sumber, remaja berusia 17 tahun itu tidak sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana telah berada dalam keadaan koma selepas ditahan dalam wad selama tiga minggu untuk menerima rawatan. Sumber juga memberi tahu , sewaktu Apex menerima berita sedih ini, pemain bola sepak itu baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk melaporkan diri selepas mendapat cuti selama lima hari dari skuad Olimpik. Sebelum tiba di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, pagi tadi, Apex telahpun berada di Pulau Pinang semalam kerana terlibat dengan majlis anjuran Astro Arena. Anak keempat daripada lima beradik itu sepatutnya menggunakan cutinya untuk bertemu adik kesayangannya di hospital. Bagaimanapun, sebaik saja menerima berita sedih ini, Apex terus bergegas pulang ke Kelantan dan berkemungkinan terpaksa mengambil cuti kecemasan selama beberapa hari. Namun begitu, Apex terpaksa bersiap sedia untuk berangkat ke Sydney, Australia pada 10 Disember ini untuk menjalani perlawanan persahabatan dengan kelab bola di sana dan akan bersama skuad Olimpik di sana selama dua minggu untuk menjalani latihan. Warga murai.com.my mengucapkan takziah buat Apex sekeluarga dan mengharapkan agar Apex tabah menghadapi dugaan ini. Sama-samalah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah adik hero Malaya ini.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan  ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..amiinnn

 
Glamor @ Malaysia powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean